Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Anggota Majlis Pemilihan Rahbar Ayatullah Mohsen Mojtahed Shabestari dalam dialog bersama para wartawan berkata, "Republik Islam Iran perlu mematahkan kompolot Barat yang menentang penyokong Islam dan penuntut kebebasan sedunia selama tiga tahun menerajui NAM."Wakil Wilayatul Faqih di wilayah Azerbaijan Timur ini menjelaskan, "Menentang pengganas kerajaan dan perang terbuka Amerika serta regim Zionis hendaklah menjadi tujuan awal Iran selama tiga tahun menerajui NAM."Ayatullah Mohsen Mojtaba Shabestari dalam penghargaannya kepada anggota NAM yang tetap setia mempertahankan program aman Nuklear Iran berkata, "Prestasi negara-negara di seluruh dunia terhadap program keamanan tenaga Nuklear dan perlucutan senjata pembunuh masyarakat negara dominan seperti Amerika dan regim Zionis boleh menjadi agenda-agenda penyelidikan sepanjang Iran memimpin NAM."Beliau yang juga Imam masjid di Tabriz berkata, "Penyelidikan kaedah menentang rancangan Amerika dan regim Zionis di Syria yang ingin menjatuhkan paksi pejuang moqawama merupakan satu kemestian dalam persidangan NAM."
29 Ogos 2012 - 19:30
News ID: 341846
Angota Majlis Khuregan Rahbar berkata, "Menentang pengganas negara dan serangan Zionis serta Amerika hendaklah diletakkan sebagai matlamat awal Iran sepanjang tiga tahun menerajui kumpulan NAM."